Ayo Belajar Tentang Psikologi Manusia, Agar Kita Paham

S1psikologi – Psikologi Belajar – Pengetahuan guru akan pemahaman dan arti belajar akan memengaruhi perbuatannya dalam menuntun pelajar untuk belajar. Guru yang cuman pahami belajar cuman supaya siswa dapat mengingat pasti berlainan langkah mengajarnya dengan guru yang pahami psikologi belajar dan tahu jika belajar sebagai satu peralihan perilaku.

Takrif Psikologi

Berasal dari perkataan Greek. Psyche – bermaksud jiwa, rohani atau mental dan logos bermakna kajian. Oleh itu psikologi boleh diertikan sebagai kajian jiwa, mental dan/atau rohani manusia.

Definasi Psikologi

Menurut William James (1890) psikologi adalah sains kehidupan mental yang menekankan kepentingan unsur-unsur subjektif yang tidak dapat didaftar oleh sistem deria manusia dengan menekankan kepentingan unsur subjektif atau kemanusiaan yang tidak dapat didaftarkan olen sisten deria. Manakala John Watson (1919) pula menyatakan bahawa psikologi hendaklah bersifat objektif membolehkannya mengkaji tingkahlaku manusia yang pelbagai.

Antara definasi psikologi adalah :

  •  Suatu sains yang cuba memahami serta meramalkan tingkah laku haiwan dan manusia (Morgan et al)
  • Suatu cabang penyiasatan saintifik tentang tingkah laku dan aktiviti manusia ( Weehan S. W.)
  • Piskologi adalah satu sains tingkah laku (Whittaker)

Psikologi adalah sains yang cuba memahami, meramal dan mempengaruhi tingkah laku khususnya manusia dengan mengkaji tingkah laku secara saintifik dan/atau mengguna teori serta dapatan pengkaji lain untuk menyelesaikan masalah secara praktikal (Kalish)

 

Bahagian-bahagian Psikologi

Daripada definasi psikologi boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian.

  • Pertama, psikologi sebagai satu kajian saintifik. Bermakna kajian dilakukan mengguna kaeadah penyelidikan yang saintifik seperti kajiselidik, peninjauan, korelasi, pemerehatian, kajian kes dan lain-lain. Kesemua metodologi mempunyai ciri dan menggunakan prosedur yang spesifik.
  • Kedua, psikologi mengkaji tingkahlaku manusia yang boleh dilihat, dalam bentuk lampau (overt behaviour) seperti berjalan, makan, belajar, perlakuan dan lain-lain.
  • Ketiga, ahli psikologi menjalankan kajian ke atas proses mental manusia yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tingkah laku terselindung (covert behaviour) seperti perasaan, mimpi, khayalan dan lain-lain.
  • Secara keseluruhan, psikologi mengkaji semua jenis tingkah laku manusia samada secara terus atau menggunakan perantara. Tujuannya adalah untuk mengetahui dengan lebih baik tentang dirinya sendiri.

Bidang-bidang kepakaran Psikologi Manusia

Psikologi seperti lain-lain bidang pengajian mempunyai pelbagai bidang kepakaran yang diguna untuk kebaikan manusia. Antaranya adalah seperti berikut.

  1. Bidang klinikal atau psikologi klinikal merawat keadaan penyakit jiwa, kecelaruan mental serta keadaan tingkah laku dwi-kutub. Ahli psikologi klinikal merawat pesakit mengguna kaedah psikologi, serta melakukan penyelidikan yang memberi menafaat kepada manusia. Mereka juga melakukan penilaian tingkah laku dan personaliti manusia menggunakan alat penilaian yang tertentu.
  2. Bidang kaunseling atau psikologi kaunseling, menyediakan perkhidmatan membantu klien membuat keputusan tepat seterusnya memperbaiki keadaan kehidupan klient pada masa akan datang. Tumpuan adalah pelajar, ahli keluarga, pasangan suami isteri dan lain-lain.
  3. Bidang psikologi pendidikan yang menumpukan ke arah aspek-aspek kurikulum, ko-kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran,penilaian serta penyesuaian pelajar di tempat-tempat pengajian.
  4. Bidang Psikologi Eksperimentasi mengkaji perkara seperti pembelajaran, persepsi dan motivasi bertujuan mempertingkatkan mutu kehidupan manusia
  5. Psikologi Industri akan mengkaji dan menilai tingkahlaku manusia dalam pekerjaan serta menganalisa faktor yang berkaitan dengan produktivi serta keselesaan di tempat kerja
  6. Psikologi Kanak-kanak mengkaji serta memahami perkembangan fisikan, emosi, mental dan sosial kanak-kanak hingga ke usia dewasa
  7. Psikologi Sosial mengkaji semua aspek tingkah laku manusia dalam bentuk kelompok
  8. Psikologi personaliti manusia mengkaji faktor seperti perkembangan personaliti serta akibat daripada perubahan itu menerusi Psikologi Kuantitatif yang mengguna alat sesuai.

Kaedah penyelidikan psikologi manusia

Sebagai satu disiplin saintifik, psikologi berpegang kepada objektif sains iaitu membekal infomasi baru yang tepat serta sahih dan berguna kepada masyarakat.

Di bidang psikologi, pelbagai kaedah penyelidikan digunakan. Antaranya adalah

  1. Kaedah eksperimen – dilakukan samada di dalam atau di luar makmal. Ia didasarkan kepada satu pegangan logik iaitu jika dua kumpulan yang sama dalam semua aspek diberi rangsangan serupa kecuali satu, maka perubahan yang berlaku kepada satu kumpulan itu adalah disebabkan oleh rangsangan yang berlainan itu. Penyelidik mengumpulkan data untuk melihat perhubungan antara angkubah dalah sesebuah kajian. Angkubah adalah sesuatu yang boleh berlaku dengan nilai yang berlainan. Dua jenis angkubah diguna dalam penyelidikan iaitu angkubah bebas dan angkubah bergantung. Bebas dan bergantung kepada kelakuan subjek. Diguna untuk menilai tingkah laku manusia. Contoh, perhubungan antara umur dan kebolehan belajar. Kebolehan belajar berubah mengikut umur. Oleh itu, umur adalah angkubah bebas, manakala kebolehan belajar adalah angkubah bergantung kepada umur subjek.
  2. Kaedah Pemerhatian – merupakan kaedah terawal diguna. Dikendalikan samada di dalam atau di luar makmal tanpa memerlukan peralatan canggih. Penyelidik melakukan pemerhatian terperinci tanpa mengganggu keadaan semulajadi fenomena yang dikaji. Berisiko tinggi berlakunya penerapan unsur-unsur subjektif penyelidik ke dalam kajian yang dijalankan seperti teori yang menyendeng terhadap sesuatu kepercayaan dan interpretasi terhadap bahan kajian. Penyelidik harus memperihalkan dengan terperinci segala pemerhatian dalam bentuk objektif dan deskriptif. Segala interpretasi yang dilakukan hendaklah berdasarkan kepada pemerhatian yang dilakukan sahaja.
  3. Kaedah Peninjauan – digunakan untuk mengkaji tentang pendapat dan fahaman orang ramai tentang sesuatu perkara. Kaedah Peninjauan memerlukan penyelidik menyediakan medium sesuai bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Sampel haruslah bersesuaian dengan populasi yang dikaji serta ujian-ujian statistik yang sesuai perlu digunakan untuk menganalisa data yang diperolehi. Melalui penganalisaan data ini pengkaji akan lebih memahami fahaman atau pendapat masyarakat tentang sesuatu perkara yang dikaji.
  4. Kaedah penilaian – diguna untuk menilai kebolehan, kecenderungan, kecerdasan, sikap, sahsiah dan pencapaian subjek dan dibandingkan mengikut norma-norma sekelompok masyarakat yang spesifik. Ia mengambil masa yang singkat untuk dilaksanakan serta tidak mengganggu subjek menjalankan kerja seharian mereka.
  5. Kaedah Kajian Kes Sejarah – cara penting bagi pengkaji mengumpulkan maklumat individu, kumpulan atau institusi dengan mendalam. Ia bergantung kepada pembinaan semula sejarah subjek; ingatan lampau, peristiwa releven serta rekod tentang subjek yang dikaji. Kelemahan kaedah retrospektif ini ialah ia terlalu bergantung kepada ingatan subjek, ada data yang sengaja ditinggalkan atau diperbesar-besarkan.

Satu lagi bentuk kes kajian adalah kajian berpanjangan (longtitudinal study). Kaedah ini memerlukan pengkaji mengikuti perkembangan subjek untuk beberapa ketika sehingga semua data yang diperlukan diperolehi. Ia lebih baik daripada kes sejarah kerana tidak terlalu bergantung kepada ingatan masa lampau tetapi memerlukan masa yang panjang dan subjek meninggalkan kajian.

  1. Kaedah Korelasi – dilakukan untuk memperlihatkan hubungan antara dua angkubah atau lebih dengan menggunakan kaedah statistik koefisyen korelasi. Kaedah ini mengguna satu nombor indeks yang berupaya menyatakan hubungan antara dua angkubah dalan sesebuah kajian. Jika nilai koefisyen korelasi ialah +1.00 ia bermakna hubungan dua angkubah tersebut adalah baik dan positif. -1.00 baik tetapi terbalik manakala 0.00 menunjukkan tiada kaitan langsung.
  2. Kaedah Fenomenologikal – dilakukan bagi mengkaji perkara yang subjektif untuk menonjolkan aspek-aspek kemanusiaan. Pengguna kaedah ini cuba memahami dunia psikologi individu atau pesakit melalui teknik pemerhatian terperinci. Mereka memperihalkan tingkah laku manusia dan jarang menganalisis data yang diperolehi tetapi penekanan diberikan kepada makna sesuatu situasi kehidupan. Mereka menerima segala yang diberikan oleh subjek tanpa pengubahsuaian dan kemudian mencari makna psikologi sebagai usaha untuk memahami masalah subjek

Prespektif-prespektif Psikologi

Psikologi telah diperkenalkan kepada masyarakat sejak dari zaman Greek purba. Dari zaman Plato hingga ke masa ini beberapa pendapat tentang jiwa dan tingkah laku manusia telah diutarakan bagi mempengaruhi bidang psikologi ini. Ada beberapa nama besar dalam Ilmu Psikologi; antaranya adalah Rene Descartes (1596-1650) dengan falsafah Dualisma, Sigmund Freud dengan teori psikodinamik kemudian Watson dan Skinner dengan teori behaviurisma, Rogers dengan teori kemanusiaan. Teori psikodinamik oleh Freud dikatakan sebagai kuasa pertama psikologi melihat manusia sebagai satu organisma yang dipengaruhi oleh kuasa dalaman. Behaviurisma pula dikenali sebagai kuasa kedua yang melihat manusia hanya dipengaruhi oleh alam sekitar, manakala kuasa ketiga adalah kemanusiaan dan kewujudan yang melihat manusia sebagai manusia, subjek yang memberi makna kepada dirinya sendiri.

Selain daripada pendapat di atas psikologi moden dipengaruhi dan dikuasai oleh lima prespektif barat iaitu Psikodinamik, Behaviurisma, Psikobiologi, kognitif serta Kemanusiaan dan Kewujudan. Kelima-lima prespektif ini diguna untuk mengkaji tingkah laku manusia dari beberapa sudut yang berlainan. Untuk mendapat pandangan keseluruhan yang lebih komprehensif tentang psikologi manusia maka hasil pencerapan cendikiawan Islam hendaklah digunapakai.

  1. Prespektif Psikobiologi
  2. Prespektif Psikodinamik
  3. Prespektif Kognitif
  4. Prespektif Behaviurisma
  5. Prespektif Kemanusiaan dan Kewujudan
  6. Psikologi daripada pandangan Islam

1 Prespektif Psikobiologi

Pengajian bidang psikologi dilakukan dengan objektif untuk memahami pemikiran, emosi serta tingkah laku dari segi proses fisikal dan fisiologi yang berlaku dalam tubuh manusia. Pendekatan prespektif biologi mempunyai akar dalam falsafah dan sains kajihayat.

Dari aspek falsafah, prespektif ini dipengaruhi oleh Plato, Aristotle dan Descartes yang memperkatakan jiwa berada di dalam badan manusia. Aristotle menyatakan rohani berada di hati, Plato menyarankan rohani berinteraksi melalui otak dan Descartes menyatakan pembahagian rohani-jasmani melalui konsep dualisma; jiwa menguasi tubuh badan manusia.

Dari sudut psikobiologi jiwa dan jasad adalah satu. Oleh itu pengalaman mental dan fisikal tidak boleh dibahagikan kepada elemen persendirian. Ini membolehkan penyelidik mengkaji aktiviti mental secara saintifik melalui proses fisikal dan psikologikal yang berlaku dalam tubuh manusia. Ia juga menekan-kan kepentingan teori evolusi yang menyatakan otak manusia merupakan entiti agung dan maju. Mereka juga memberi penekanan kepada pengaruh genetik dalam perkembangan sesuatu spesies.

Prespektif Psikologi berupaya memberi penjelasan tentang tingkah laku dan perangai manusia dari sudut kajihayat serta menerangkan kaitan tingkah laku dengan proses fisiologi manusia seperti hormon dan bahan kimia dalam badan.

2 Prespektif Psikodinamik

Mengikut Prespektif Psikodinamik, kuasa dan tenaga yang berada di alam tidak sedar memainkan peranan penting dalam membentuk personaliti dan tingkah laku manusia. Menurut Freud, jiwa adalah medan kuasa psikik berlawan bagi mendapatkan tempat utama dalam personaliti individu. Oleh itu tingkah laku manusia merupakan satu imbangan atau kompromi antara kuasa psikik yang berlawan itu

Freud menyatakan personaliti manusia mengandungi tiga sistem yang berinteraksi sesama sendiri iaitu Id, Ego dan Superego. Id merupakan kehendak naluri, Superego adalah pegangan moral serta etika individu. Manakala Ego merupakan penggerak personaliti manusia dengan melaksanakan kehendak Id dan Superego. Personaliti manusia sentiasa cuba menahan kehendak Id dengan menyimpannya di dalam alam tidak sedar melalui mekanisma beladiri individu

Kepentingan teori psikodinamik ialah ia memperlihatkan kepentingan kuasa dalaman manusia sebagai satu kuasa penggerak tingkah laku manusia dan melalui cara ini sahaja kita dapat memahami sesetengah tingkah laku yang tidak dapat difahami melalui sudut lain.

3 Prespektif Kognitif

Kognitif bermaksud berfikir, oleh itu prespektif ini menegaskan pentingnya kebolehan manusia berfikir serta memproses data dan maklumat sebelum bertindak keatasnya kerana menurut pakar manusia adalah rational dan aktif mengatasi cabaran. Manusia sering menjangkakan keadaan untuk diberi tindak balas tertentu. Manusia berfikir, menganalisa serta menilai data dan rangsangan yang diperolehi dari dunia luar sebelum bertindak terhadap pembentukan tingkah lakunya. Kebanyakan kajian Psikologis Kognitif adalah tentang persepei, sensasi, ingatan serta proses-prosesnya serta yang lain-lain.

4 Prespektif Behaviurisma

Prespektif ini menumpukan perhatian kepada pengaruh alam sekeliling dalam mengubah suai, mempengaruhi serta membentuk tingkah laku manusia. Ia juga menegaskan bahawa tingkah laku manusia ditentukan oleh pengalaman lampau serta keadaan sekeliling mereka. Mereka percaya bahawa buah fikiran dan pengetahuan boleh diperolehi secara empirikal dan manusia dilahirkan ’kosong’ dan tidak mempunyai bahan dalam jiwa mereka. Jiwa ini akan diisi melalui pengalaman bersama alam sekitar yang dilaluinya. Prespektif Behaviurisma mementingkan kaedah penyelidikan berbentuk pemerhatian terperinci bagi melihat pengaruh alam sekitar terhadap perubahan tingkah laku manusia.

5 Prespektif Kemanusiaan dan Kewujudan

Asas prespektif ini adalah kebaikan, kemuliaan dan kebebasan manusia. Prespektif ini melihat manusia sebagai entiti yang baik, bebas, bertanggung jawab, kreatif dan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan dan sampai ke tahap kewujudan yang tertinggi. Mereka menyatakan bahawa dalam setiap manusia, ada satu kuasa aktif yang sentiasa menggerakkan mereka ke arah kesempurnaan diri. Dalam persekitaran sesuai kuasa aktif ini keluar dan menyerlahkan aspek baik serta positif individu itu. Tekanan mental dan patologi disebabkan alam sekitar menyekat kelancaran individu ke arah kebaikan, kemuliaan dan kesempurnaan diri.

Mereka juga percaya bahawa manusia mempunyai pilihan untuk membentuk diri sendiri. Kewujudan dan makna hidup seseorang terletak ditangan masing-masing dan hanya mereka yang dapat menentukan bentuk perangai, tingkah laku dan sifat diri

6 Psikologi daripada pandangan Islam

Apabila memperkatakan tentang kewujudan roh, Allah menegaskan bahawa itu adalah urusanNya dan manusia hanya diberikan sedikit ilmu mengenainya. Namun, ada juga dikalangan tokoh Islam yang berusaha menyelidik hakikat roh ini. Antaranya adalah al Farabi, Ibnu Sina dan Imam al Ghazali.

  • Al Farabi mengkaji roh dengan membicarakan tentang akal. Akal menurutnya mempunyai kekuatan untuk memancarkan roh. Kekuatan itu merangkumi beberapa unsur lain seperti keinginan untuk hidup, memelihara diri, mengembangkan zuriat, perasaan dan imiginasi yang terkandung dalam kekuatan mengenal. Kesemua ini berupaya mencetuskan daya berfikir secara intelek. Menurut al Farabi lagi, akal mempunyai dua bahagian kekuatan lain iaitu berfikir secara abstrak dan kekuatan untuk mencari sesuatu yang berfaedah. Kekuatan berfikir secara abstrak ini akan kekal dan dibawa ke akhirat kelak.
  • Menurut Ibnu Sina roh dibahagikan kepada tiga, iaitu roh manusia, roh haiwan dan roh tumbuh-tumbuhan. Setiap kejadian ini mempunyai kekuatan roh yang tersendiri. Roh di kalangan manusia adalah unik dan boleh terpisah serta berdikari tanpa jasad. Jasad yang terpisah dari roh akan menjadi mayat akan tetapi roh tidak akan mati. Roh ini akan dibangkitkan semula pada hari kiamat. Kehidupan dan roh haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah untuk kepentingan kehidupan manusia buat sementara sebelum tibanya mati.
  • Imam al Ghazali pula menyatakan bahawa roh adalah nyawa yang menghidupkan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Roh manusia akan kekal manakala roh haiwan dan tumbuh-tumbuhan akan musnah. Perbezaan roh manusia berbanding yang lain adalah:-
    1. Dalam roh ada hati nurani yang menjadi segala pusat keinginan, cita-cita dan kemahuan samada untuk melakukan kebajikan atau kemungkaran. Hati nurani ini akan menerima ganjaran atau pembalasan daripada Allah S.W.T. samada di dunia atau di akhirat. Hati nurani merupakan sebahagian dari roh fitrah yang bersifat dengan sifat ketuhanan iaiti cintakan kebenaran, kebaikan dan keadilan.
    2. Dalam roh ada al Nafs iaitu dua kekuatan yang bertentangan, kekuatan kebaikan dan kekuatan kejahatan. Al Nafs dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti al Amarah, al Mulhamah, al Lawamah dan al Mutma’innah.
  • Dalam roh ada unsur yang dikatakan sebagai al Aql. Secara fisikal ia merupakan otak dimana strukturnya sama tetapi dibezakan oleh kuantiti di antara manusia dengan haiwan. Dari segi kerohanian, akal merupakan keupayaan untuk menggarap ilmu pengetahuan tentang hakikat segala hal. Ia berusaha melaksana perintah al Qalb untuk tujuan kebaikan atau keburukan. Al Aql berfungsi menyampaikan ilmu pengetahuan; mempengaruhi, menyucikan dan menghampirkannya kepada Allah S.W.T
  • Al Ghazali menyimpulkan bahawa rohanilah yang menguasai jasad. Segala pancaindera patuh kepada perintah rohani. Jiwa memerintah jasad. Jiwa yang berbakti memperoleh kesenangan yang turut dirasai oleh badan atau jasad dan begitulah sebaliknya.

Aplikasi psikologi dalam aspek kehidupan manusia

Bidang Psikologi bukan hanya digunakan dalam mengendalikan keadaan yang berkaitan dengan Sains Perubatan sahaja tetapi meliputi berbagai-bagai bidang lain.

  • Bidang Perniagaan dan Pengurusan

Tema utama dalam perniagaan dan pengurusan adalah untuk memaksimum keuntungan dengan menggunakan sumber yang terhad serta memastikan pembelian berulang berlaku. Oleh itu psikologi perniagaan dan pengurusan akan mengkaji sikap dan kelakuan pekerja dan pengguna serta mengenalpasti faktor yang mempengaruhinya dalam usaha untuk mempertingkatkan keuntungan.

  • Bidang Pendidikan

Psikologi Pendidikan berusaha ke arah mencapai matlamat Dasar Pendidikan Negara serta memastikan warganya terdiri daripada individu yang bukan sahaja berilmu tetapi mengamalkan ilmu yang telah mereka pelajari

  • Bidang Kesihatan Mental

Kesihatan Mental adalah satu bidang yang asing bagi kebanyakan orang. Ini disebabkan oleh sikap individu dan amalan budaya masyarakat setempat. Untuk memastikan kejayaan kaedah dan perlaksanaan perawatan pesakit mental, maka perawat perlulah merawat keseluruhan ahli dalam komuniti tersebut. Ini adalah kerana masyarakat memberikan sumbangan yang besar kepada kejadian serangan ulangan terhadap pesakit mental. Untuk meningkat tahap kesihatan mental, pandangan masyarakat terhadap penyakit dan pesakit mental perlu diperjelaskan untuk mengikis pandangan serong atau stigma yang telah lama digunapakai

  • Bidang Ketenteraan

Tentera yang mantap sahsiah dan keperibadiannya akan memastikan keamanan dan kedaulatan negara. Oleh itu adalah amat penting personnel ketenteraan dipilih menggunakan kaedah tertentu yang menjamin kepentingan negara. Aktiviti atau langkah sentiasa dijalankan kepada semua yang terlibat untuk memastikan semua anggota mengetahui, memahami serta menjalankan peranan mereka masing-masing dengan sebaik mungkin

Rujukan.

  1. Craig Cahhoun et al (1994) Sociology Mc Graw-Hill Inc : New York
  2. John C. Rush (1984) Psychology – The Personal Science Wadswot Publisher : California
  3. Fieldman Robert (1993) Understanding Psychology Mc Graw-Hill Inc : New York
  4. Kagen Jerome (1991) Psychology – An Introduction HBJ College Publisher : USA
  5. Mahmood Nazar Mohamed (1990) Penghantar Psikologi – Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa dan Tingkahlaku Manusia DBP : KL

Tinggalkan komentar